Selamat Datang...

Terima Kasih Atas kunjungan anda...

Pengikut

Selasa, 5 Julai 2011

Biskut Suji Arab

Ari ni try buat biskut ni plk... Oven ni kena alas ngn surat kbr...panas sgt.

 Biskut yg dah siap ...tgu nk masukkn dalam oven je...

 Khusyuk....(^_^)

Ni biskut yg dh siap

Bahan2nyer...

2 cawan tepung gandum ( saya guna tepung jenis halus)
1 cawan gula halus
1 cawan minyak ghee@ sapi

Cara penyediaan

1. Satukan  tepung dan gula.
2. Kemudian masukkan minyak ghee sedikit2  sehingga adunan boleh di uli atau dibentuk.
3. Bentukkan bulat dan susun dalam tray pembakar.
4. Jika suka boleh hiaskan dengan ceri merah di tengah2nya.
5. Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 170 darjah C.

Jumaat, 1 Julai 2011

Bubur kacang dan Lepat Ubi & Goreng Pisang


Ni bubur kegemaran anak bongsu ku...x kira masa,tetiba je menyebut nk mkn bubur ni.Jd stok kacang hijau mmg xleh xde dlm rumah....huhuhu

Lepat ubi ni menjadik jugak la...puas aku carik daun pisang..hihihi,yg geramnyer kt bandar pyh nk jumpa daun pisang FREE...di ulang, xde yg FREE!!! Jd aku beli la segulung (betul ke?) dlm RM2/-
Goreng pisang ni pun sedap mkn petang2..blk keje, singgah jap kedai beli pisang nipah ni...balik je goreng.Sedap mkn panas2....

* BILA MASAK SEMUA NIH, MULA LA AKU RINDU KAMPUNG, RINDU NGN MASAKAN MAK AKU SBB MY MOM LA PALING TERRER BUAT KUIH-MUIH...SIAP BISNES LAGIK!

Mari makan soto...Mihun Soto...


Mihun soto ni sedap buat minum petang.....anak2 pn suka.

Ni belum taruk kuah.,...

Mihun soto ngn kuahnyer...SEDAP! (^_^)

Laksa Sarawak...

 Sebelum bagi kuahnyer...

 Laksa ni aku buat sendiri untuk santapan suami dan ank2...TQ kt adik aku yg susah2 pos pasta laksa nih dari sarawak coz nk cari kt JB mmg xpenah jumpa lagi (^_^). Mmg susah nk jumpa kt sini tp laksa ni paling senang nak buat...lagi satu, aku suka jamu kawan2 ngn msakan walaupun kekadang aku rasa takut masakan yang aku masak "kureng sedap"...hihihi. Harap2 sedap.Kat bawah ni resepinya:-

Bahan2nya:
1 paket mee bee-hoon
1 paket besar perencah laksa (boleh didapati di supermarket)
1 biji kelapa parut
1/2 kg taugeh
1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
1/2 kg udang
3 biji telor ayam
daun ketumbar
limau nipis
>> Sambal <<
2-3 sudu cili kering ditumbuk
bawang merah dan putih ikut suka
belacan sebesar 1/2 kotak mancis
minyak masak untuk menumis

Cara-cara
1.            Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk.
2.            Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
3.            Masukan udang, rebus sebentar kemudain diangkat.
4.            Masukkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan tadi, rendidih dengan api perlahan selama
               20 minit.
5.            Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi
               ayam. Ketepikan.
6.            Perahkan santan sebanyak 4 - 5 cawan ikut suka.
7.                Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur 
                   dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal. Kuah lah laksa tersebut dengan kuah yang 
                  disediakan tadi.

Kek Lapis Masam Manis

Ni Kek Lapis Masam Manis Yg Pn Erena order...aku lapis 2 warna je...


 Tgh sibuk...

 Ni adunan Kek Lapis Masam Manis Pn Hawa...ade tiga warna.



Ni dah siap masak n nk bagi kt tuan punya...memandangkan tuanpunyer order satu loyang penuh jd x merasa la aku na meng'operate' kek lapis nih...

Bahan2:

Bahan A
16 oz mentega golden churn
2 gelas gula (boleh di kurangkan gula kpd 1cwn bg yg xthn manis)
2 sudu teh vanila

Bahan B

10 biji telur gred A/B
1 tin susu pekat manis
2gelas biskut marie [ditumbuk]
1gelas tepung hong kong
1 sudu teh bikarbonate soda
1 gelas horlicks

Bahan C

pewarna hijau,kuning atau coklat (pilih 2 atau 3 pun boleh)
12 bungkus haw flakes

Cara cara membuat bahan2:
Pukul Bahan A hingga kembang menjadi putih

Pukul Bahan B berasingan,telur pukul hingga kembang
baru di masok kan yang lain mengikut urutan list bhn ini

Satukan kedua-dua adunan dan kacau rata.
Masukkan tepung biskut marie dan baking powder.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu diwarnakan kuning, yg satu lagi diwarnakan hijau.
Sediakan loyang 8x8 atau 7x7 juga boleh,sapukan sedikit butter,kertas minyak mengikut saiz loyang,barulah taburkan sedikit tepung ditepi loyang,untuk mengelak dari melekat.
Kukuslah selapis-selapis dan tutup loyang dengan kain putih,atau kertas putih juga boleh,tp letak senduk panjang melintang di atas loyang untuk menahan kertas dari masok ke dalam acuan tu. tutup pengukus,kukus selapis selama 5minit,barulah di masukkan warna yg baru.
setiap 2 warna selang selikan dengan haw flakes...jika hendak membakar juga boleh tetapi kena tambahkan ovelette.

(^_^) Try la...tak rugi....