Selamat Datang...

Terima Kasih Atas kunjungan anda...

Pengikut

Jumaat, 1 Julai 2011

Kek Lapis Masam Manis

Ni Kek Lapis Masam Manis Yg Pn Erena order...aku lapis 2 warna je...


 Tgh sibuk...

 Ni adunan Kek Lapis Masam Manis Pn Hawa...ade tiga warna.



Ni dah siap masak n nk bagi kt tuan punya...memandangkan tuanpunyer order satu loyang penuh jd x merasa la aku na meng'operate' kek lapis nih...

Bahan2:

Bahan A
16 oz mentega golden churn
2 gelas gula (boleh di kurangkan gula kpd 1cwn bg yg xthn manis)
2 sudu teh vanila

Bahan B

10 biji telur gred A/B
1 tin susu pekat manis
2gelas biskut marie [ditumbuk]
1gelas tepung hong kong
1 sudu teh bikarbonate soda
1 gelas horlicks

Bahan C

pewarna hijau,kuning atau coklat (pilih 2 atau 3 pun boleh)
12 bungkus haw flakes

Cara cara membuat bahan2:
Pukul Bahan A hingga kembang menjadi putih

Pukul Bahan B berasingan,telur pukul hingga kembang
baru di masok kan yang lain mengikut urutan list bhn ini

Satukan kedua-dua adunan dan kacau rata.
Masukkan tepung biskut marie dan baking powder.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu diwarnakan kuning, yg satu lagi diwarnakan hijau.
Sediakan loyang 8x8 atau 7x7 juga boleh,sapukan sedikit butter,kertas minyak mengikut saiz loyang,barulah taburkan sedikit tepung ditepi loyang,untuk mengelak dari melekat.
Kukuslah selapis-selapis dan tutup loyang dengan kain putih,atau kertas putih juga boleh,tp letak senduk panjang melintang di atas loyang untuk menahan kertas dari masok ke dalam acuan tu. tutup pengukus,kukus selapis selama 5minit,barulah di masukkan warna yg baru.
setiap 2 warna selang selikan dengan haw flakes...jika hendak membakar juga boleh tetapi kena tambahkan ovelette.

(^_^) Try la...tak rugi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan