Selamat Datang...

Terima Kasih Atas kunjungan anda...

Pengikut

Jumaat, 1 Julai 2011

Laksa Sarawak...

 Sebelum bagi kuahnyer...

 Laksa ni aku buat sendiri untuk santapan suami dan ank2...TQ kt adik aku yg susah2 pos pasta laksa nih dari sarawak coz nk cari kt JB mmg xpenah jumpa lagi (^_^). Mmg susah nk jumpa kt sini tp laksa ni paling senang nak buat...lagi satu, aku suka jamu kawan2 ngn msakan walaupun kekadang aku rasa takut masakan yang aku masak "kureng sedap"...hihihi. Harap2 sedap.Kat bawah ni resepinya:-

Bahan2nya:
1 paket mee bee-hoon
1 paket besar perencah laksa (boleh didapati di supermarket)
1 biji kelapa parut
1/2 kg taugeh
1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
1/2 kg udang
3 biji telor ayam
daun ketumbar
limau nipis
>> Sambal <<
2-3 sudu cili kering ditumbuk
bawang merah dan putih ikut suka
belacan sebesar 1/2 kotak mancis
minyak masak untuk menumis

Cara-cara
1.            Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk.
2.            Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
3.            Masukan udang, rebus sebentar kemudain diangkat.
4.            Masukkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan tadi, rendidih dengan api perlahan selama
               20 minit.
5.            Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi
               ayam. Ketepikan.
6.            Perahkan santan sebanyak 4 - 5 cawan ikut suka.
7.                Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur 
                   dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal. Kuah lah laksa tersebut dengan kuah yang 
                  disediakan tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan